27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Malaysia juara Piala Merlion

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara mendapat tonik terbaik menjelang kejohanan Sukan SEA Kemboja Mei ini apabila menjuarai Piala Merlion malam tadi.

Kejayan itu terhasil selepas skuad bimbingan E. Elavarasan itu menewaskan Hong Kong B-22 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Penyerang KL City FC, Haqimi Azim Rosli terlebih dahulu menggegar gawang Hong Kong pada minit ke-20 namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Jaringan yang dicari skuad muda negara itu hanya menjelma pada 20 minit terakhir perlawanan.

Advertisements

Bermula dengan gol pertama daripada pemain gantian, Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-74, Malaysia menambah gol kedua pada minit ke-78 menerusi jaringan jarak jauh Safwan Mazlan.

Namun Hong Kong bangkit merapatkan jurang menerusi jaringan Lau Ka Kiu selepas sepakan penjaga gol negara, Rahadiazli Rahalim tidak kena pada minit ke-80.

Aksi panas di hujung perlawanan menyaksikan dua pemain dibuang padang, Haqimi Azim dari Malaysia dan Kong Maddox (Hong Kong). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAS sahkan Sungai Tebrau dicemari bau busuk, berminyak

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesahkan beberapa kawasan Sungai Tebrau, Johor dicemari dengan bau busuk dan permukaan sungai mempunyai lapisan...

Lagi Artikel Berkaitan