Wednesday, July 22, 2026

Ibu M Nasir meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

IBU penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Berita sedih itu dikongsikan isteri M Nasir, Datin Marlia Musa di media sosial.

“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” kongsinya  dalam hantaran di Instagram.

Aesah berusia 88 tahun meninggal dunia di Singapura, kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

Pemergian ibunya itu tidak sampai tiga tahun selepas bapanya, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun juga disebabkan sakit tua.

Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk hadir ke pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19.

Sementara itu, Penyelaras Sahabat MNasir dalam satu hantaran di Facebook menzahirkan perasaan dukacita berita kematian berkenaan di petang Ramadan ke-4 hari ni.

“Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, diampunkan segala dosa dosanya dan ditempatkan dikalangan hamba hambanya yang beramal dengan kebaikan di jalan Allah.

“Al Fatihah… Ucapan takziah seikhlasnya kita hulurkan kepada Dato MNasir dan keluarga,” katanya hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan