26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan mengerjakan hanya sekali sahaja.

Memetik laporan Saudi Gazette, langkah ini bagi memberi peluang kepada semua jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan yang mulia ini dengan mudah dan selesa.

Kementerian itu juga menegaskan keperluan kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk untuk menunaikan umrah, selain pentingnya komitmen mereka hadir pada masa ditetapkan.

Tambah kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, namun jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk, sebelum mengeluarkan permit waktu baharu.

Sementara itu, kementerian turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala dan sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang.

Baca juga:   Bayi 10 bulan maut selepas hantar ke rumah pengasuh

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi melancarkan aplikasi bersepadu, Nusuk dalam versi bahasa Melayu sepenuhnya pada 3 Mac lalu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, peluncuran versi bahasa kebangsaan itu bakal memberi kemudahan kepada semua operator umrah untuk merancang pakej dengan kos berpatutan. – Agensi

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan