Sunday, June 21, 2026

9 gerai serta khemah peniagaan di bahu jalan di sita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menyita sembilan gerai serta khemah perniagaan ditinggalkan selepas berniaga di tepi dan bahu jalan termasuk menghalang laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi itu dilaksanakan 18 orang anggota penguat kuasa dan kakitangan Pejabat Cawangan DBKL di bawah Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di sekitar Danau Kota dan Taman Melati.

“Peniaga dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana didapati membina struktur kekal di laluan awam.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, peniaga sewenang-wenangnya menyambung bekalan elektrik secara ‘haram’ dari tiang lampu awam dan meninggalkan peralatan perniagaan di tapak.

“Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa kesemasa terhadap mereka yang melanggar peraturan,” menurut DBKL.

Jelas DBKL, kesemua peralatan perniagaan yang di sita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan