26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Reban ayam buat sambungan bekalan air secara ‘haram’

Premis yang turut mempunyai rumah pekerja tersebut didapati berpenghuni dan masih aktif beroperasi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGIATAN haram sebuah premis reban penternakan ayam mencuri air dengan membuat penyambungan paip secara tidak sah di Batu Pahat, Johor tumpas apabila diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), semalam.

SPAN menerusi kenyataan berkata, serbuan dilakukan bertindak hasil aduan daripada pihak Ranhill Syarikat Air Johor (RSAJ) berkenaan aktiviti penyambungan bekalan air terawat menyalahi undang-undang di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, SPAN mendapati terdapat sambungan terus menggunakan Poly Paip HDPE bersaiz 50 x 25mm yang dipasang tanpa melalui sebarang meter air RSAJ yang disyaki dibuat oleh penghuni premis terbabit.

“Premis yang turut mempunyai rumah pekerja tersebut didapati berpenghuni dan masih aktif beroperasi.

“Penyambungan ini dikatakan penyambungan menyalahi undang-undang kerana penyambungan tersebut dibuat secara terus pada paip perkhidmatan milik RSAJ tanpa melalui sebarang meter air sah RSAJ.

“Air dari sambungan tidak sah tersebut juga didapati menuju masuk ke dalam premis disyaki tersebut bagi kegunaan aktiviti harian ditapak terbabit,”katanya.

Advertisements

SPAN berkata, hasil ujian teknikal dan ujian klorin yang dilaksanakan di lokasi serbuan tersebut turut mengesahkan bahawa bekalan air yang diguna dipremis berkenaan adalah dari sumber air terawat milik RSAJ.

“Sehubungan dengan itu, pihak SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air yang tidak sah tersebut telah dilakukan.

“Operasi penguatkuasaan sebegini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki membuat sambungan bekalan air menyalahi undang-undang.

“Kes ini disiasat dibawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya.

Ujar SPAN, pihaknya memohon orang ramai untuk memaklumkan kepada operator air sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan