27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pemilihan UMNO: Calon wajib ada keberanian, pendirian

Kita tidak boleh lagi retorik dan bermain jalan selamat serta 'berlakon' demi rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON-calon yang berkempen Visi, Misi dan Gagasan dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti UMNO, wajar mempunyai keberanian bersuara, pendirian dalam membuat keputusan.

Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, dalam masa sama calon juga perlulah satu hati dalam mengubah dan membuat rejuvenasi parti.

Katanya, UMNO kini sudah menjadi parti pilihan ketiga orang Melayu.

“Kita tidak boleh lagi retorik dan bermain jalan selamat serta ‘berlakon’ demi rakyat.

“Tapi perubahan sebenar adalah pemilihan kali ini kerana ianya ibu segala perubahan. Jangan menang sorak, kampung tergadai, bagai menang undi tapi parti tetap lemah di takuk lama dan rakyat tetap tidak menyokong,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kita perlukan undi akar umbi, tetapi undi utama adalah rakyat dan golongan atas pagar.

Advertisements

“Mereka semua banyak memberi pendapat bahawa UMNO perlu berubah dari atas sampai ke bawah.

“Walaupun tidak mampu mengubah semua, sekurang-kurangnya dasar dan kepimpinan parti wajarlah diperbaiki secara holistik dan juga gerakan yang pelbagai.

“Saya banyak bersuara bukan saya orang siapa-siapa. Saya orang parti dan sayangkan parti ini.

“Tapi sekiranya masih juga tiada perubahan besar, rakyat juga yang akan menghukum kita semasa Pilihanraya Negerri (PRN) dan PRU16 nanti.

“Jadi beringat dan bangkitlah dengan perubahan kepimpinan yang berani dan berprinsip,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan