32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KPM tidak akan iktiraf UEC buat masa ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) buat masa ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam jawapaan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat berkata, perkara itu tiada dalam perancangan Kerajaan Perpaduan, pendirian itu berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Fadlina menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC).

Pada 15 Disember tahun lalu, Fadhlina dilaporkan berkata, kementerian akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat dan usaha bagi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, apa-apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan dilihat dari semasa ke semasa,”katanya.

Tahun lalu, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan