26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun

Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM negeri sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kata sepakat itu dicapai menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit yang diadakan hari ini.

“Secara ringkas, kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023.

“Persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain Selangor, lima negeri lain ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Baca juga:   Covid-19 Cameron Highlands: Tiada arahan buat pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Amirudin berkata, beliau berharap persefahaman antara negeri-negeri itu memudahkan usaha rakyat untuk meraikan demokrasi kelak.

Kesemua enam negeri terbabit tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober tahun lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Hanya negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak dan Pahang sahaja yang membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan serentak.

Baca juga:   Dakwaan PRU15 batal jika kes Omicron XBB meningkat palsu

Negeri-negeri Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah mengadakan PRN secara berasingan sebelum ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan