31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dua penyeludup daun ketum berjaya ditumpaskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki warganegara tempatan ditahan selepas dipercayai cuba melakukan penyeludupan ketum melalui sempadan negara di Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota tentera yang sedang melakukan rondaan bermotosikal di kawasan Durian Burung.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar pukul 1 tengah hari, apabila anggota itu mengesan dan mengekori sebuah pacuan empat roda warna hitam dengan nombor pendaftaran negara Thailand yang dalam keadaan mencurigakan.

“Arahan untuk kenderaan itu berhenti tidak dipatuhi sebaliknya pemandu bertindak memecut sehingga memaksa anggota tentera mengejar suspek. Kenderaan itu kemudiannya terbabas ke tepi jalan.

“Ketika ditahan, salah seorang suspek mengalami cedera di kaki dan seorang lagi luka di kepala akibat dari kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mulkiaman lagi,  kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk pemeriksaan.

Difahamkan, kenderaan dipandu suspek juga dilihat cuba menghimpit motosikal tentera selain hampir melanggar kenderaan awam.

Hasil dari pemeriksaan yang di buat oleh tentera didalam pacuan empat roda itu mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun disyaki daun ketum.

Anggaran berat daun ketum dan identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Kejadian tersebut juga tular dalam video berdurasi seminit dalam media sosial.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan