26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPDN rancang adakan Bazar Ramadan Rahmah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemain industri bagi merancang penganjuran Bazar Ramadan Rahmah.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beberapa lokasi strategik sudahpun dikenal pasti dan pihaknya bersama PBT bakal memperkenalkan kadar sewa Rahmah bagi setiap tapak di bazar berkenaan dengan perkembangan itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya bersedia menjadi pemudahcara bagi mana-mana pemain industri yang belum atau sukar mendapatkan permit, ataupun lesen perniagaan.

“Kita terbuka kepada mana-mana peniaga untuk mengetengahkan perkara ini kepada mana-mana wakil kementerian supaya kita dapat bantu mereka selesaikan masalah berkenaan,”katanya.

Program ini melibatkan penyertaan tanpa had dalam kalangan warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, yang membuat pembelian minimum RM23 di mana-mana 680 premis KK Super Mart, yang memberikan mereka peluang memenangi pelbagai hadiah, yang nilai keseluruhannya berjumlah RM1.1 juta. – BERNAMA

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan