29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tiga gerai beroda, khemah berniaga disita DBKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH tiga buah gerai beroda dan sebuah khemah telah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Tindakan Khas Siri 8/2023 di sekitar Parlimen Titiwangsa hari ini.

Tindakan penguatkuasaan yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa menumpukan pemantauan termasuk di tepi jalan, bahu jalan, siar kaki dan laluan pejalan kaki.

DBKL menerusi kenyataan berkata, pihaknya meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan melibatkan gerai beroda atau khemah yang ditinggalkan di tempat awam.

Advertisements

“Bagi siri kali ini, sejumlah tiga buah gerai beroda dan sebuah khemah telah dialihkan apabila pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia masih ditinggalkan selepas aktiviti perniagaan tamat.

“Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan diambil sekitar Parlimen Titiwangsa, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua peralatan perniagaan yang di sita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan