24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

DBKL tahan 18 pelayan seks, 11 rumah urut ditutup

DBKL turut memecahkan 35 sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 92 pelbagai barangan dan peralatan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 rumah urut di sekitar Kepong dan Seputeh ditutup serta-merta selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan terdapat aktiviti pelacuran dijalankan di premis terbabit.

DBKL berkata, tindakan itu diambil susulan risikan pasukan penguat kuasa terhadap beberapa lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil risikan itu juga mendapati ada beberapa premis rumah urut yang menawarkan aktiviti pelacuran.

“Dalam operasi ini, sejumlah 11 premis diserbu pihak penguat kuasa dan dikenakan tindakan penutupan serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Advertisements

DBKL turut mengeluarkan 11 notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, atas kesalahan melantik pembantu dan menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen daripada pihak DBKL.

DBKL menahan sementara 18 orang wanita warga negara asing disyaki sebagai tukang urut dan pelayan seks.

Dalam pada itu, DBKL menahan sementara 18 orang wanita warga negara asing, terdiri daripada tiga warga Indonesia, warga Thailand (empat), warga Vietnam (satu), warga Filipina (dua) dan lapan warga China yang disyaki sebagai tukang urut dan pelayan seks.

“DBKL turut memecahkan 35 sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 92 pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, monitor, modem wifi, cctv dan lain-lain.

“Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan