27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemuda Pas kecewa, Belanjawan 2023 banyak ‘lompong’

Berbeza dengan pembentangan Belanjawan Keluarga Malaysia, yang secara spesifik memberikan bantuan e-tunai kepada golongan mahasiswa berusia 21 tahun dan ke atas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Pas meluahkan rasa kekecewaan terhadap Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu yang didakwa banyak ‘kelompongan’.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Nazir Helmi berkata, banyak perkara tidak disentuh dalam belanjawan terbabit khususnya terkait dengan isu anak muda, yang menimbulkan pertanyaan sejauh mana keseriusan kerajaan mengaplikasi nilai Madani.

“Meneliti Belanjawan kali ini, mahasiswa dan pelajar tidak begitu diraikan dan dipandang sepi oleh kerajaan apabila tidak ada satu pun perkataan ‘mahasiswa’ disentuh dalam pembentangan belanjawan kali ini.

“Meskipun dinyatakan berkenaan bantuan e-tunai belia Rahmah, namun mahasiswa mempunyai cabaran dan keperluan khusus yang tersendiri.

“Berbeza dengan pembentangan Belanjawan Keluarga Malaysia, yang secara spesifik memberikan bantuan e-tunai kepada golongan mahasiswa berusia 21 tahun dan ke atas. Malah terdapat banyak bantuan mesra mahasiswa dan anak muda sebelum ini, berbanding sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, di laman Facebook.

Tambah beliau, kerajaan juga masih memandang sepi isu pemilikan rumah pertama untuk golongan belia yang kurang berkemampuan meskipun pelbagai fakta dan cadangan telah dilontarkan seperti menambahbaik sistem Rent To Own & Rent To Buy, serta pengenalan sistem pembelian mengikut konsep Musharakah Mutanaqisah, iaitu pemilikan bersama tanpa sebarang faedah.

Advertisements

“Namun, kerajaan masih gagal mencari sebarang alternatif penyelesaian untuk perkara ini.

Mengulas lanjut, Nazir berkata, Pemuda Pas juga kecewa dengan sikap kerajaan yang mengamalkan politik dendam, apabila tiada peruntukan dan projek khusus diumumkan kepada negeri pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Ujarnya, ia termasuklah status projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), serta peruntukan bagi ahli parlimen pembangkang.

“Ini jelas menggambarkan sifat dendam parti pemerintah terhadap PN, serta mematikan semangat federalisme yang menjadi asas pembinaan negara.

“Di atas kelompongan-kelompongan ini, Pemuda Pas berpendapat Belanjawan kali perlu dikaji semula dan ditambah baik demi memastikan rakyat mendapat manfaat seadilnya.

“Pemuda Pas akan memanfaatkan sepenuhnya sesi perbahasan Belanjawan 2023 yang akan berlangsung kelak, dengan harapan agar kebajikan seluruh rakyat Malaysia dapat dijaga sebaiknya,”jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan