27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kejayaan Para ASEAN: Sekarang politik sudah stabil

Sindiran daripada Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagi membandingkan kejayaan kontinjen negara bagi sukan para dan kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran emas dalam temasya Sukan SEA di Kemboja beberapa minggu lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari menyindir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dengan kejayaan Kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja semalam.

Sindiran daripada Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagi membandingkan kejayaan kontinjen negara bagi sukan para dan kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran emas dalam temasya Sukan SEA di Kemboja beberapa minggu lalu.

“Tahniah Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja semalam sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat ini.

“Beberapa minggu lepas kontinjen negara gagal capai sasaran jumlah emas di Sukan Sea akibat ketidakstabilan politik.

“Sekarang, politik sudah stabil,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Ahmad Fadhli menggesa Hannah dan Timbalannya, Adam Adli memohon maaf secara terbuka atas kegagalan negara mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga perlu membuat pasca nilai bagi mengetahui punca sebenar dan tidak hanya menyalahkan atlet semata-mata.

Bagaimanapun, Hannah menyatakan ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun kebelakangan ini turut memberi impak kepada kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.

Kontinjen Malaysia hanya berjaya meraih 34 pingat emas, dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja baru-baru ini.

Malaysia menduduki tangga ketujuh dengan 175 pingat keseluruhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan