32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Armada harap hubungan dengan Pemuda Pas tambah utuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Anak Muda (ARMADA) Bersatu mengharapkan hubungan dengan Pemuda Pas bertambah kukuh selepas ini.

Ia susulan pelantikan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai ketua baharu sayap Pas itu semalam.

Perkara itu disuarakan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi hantaran di Facebook beliau.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Machang itu turut mengucapkan tahniah kepada Afnan Hamimi dan terima kasih kepada mantan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Sekalung penghargaan atas jasa dan bakti kepada mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Advertisements

“Semoga hubungan dan kerjasama erat antara ARMADA Bersatu dan Dewan Pemuda PAS akan terus bertambah utuh demi agama, bangsa dan tanah air,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Afnan Hamimi yang sebelum ini Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan Ahmad Fadhli yang tidak mempertahan jawatan itu.

Ahmad Fadhli telah menerajui sayap kanan parti berkenaan sepenggal lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin selaku Naib Ketua Pemuda Pas dengan masing-masing juga menang tanpa bertanding.

Keputusan pemilihan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS, Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-64 di Shah Alam semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan