25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia, Palestin sepakat usaha tuntas henti keganasan di Gaza

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan di Gaza ketika ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Menerusi perkongsian ciapan di akaun X, katanya, beliau sempat mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami berdua sepakat bahawa perlunya usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini.

Advertisements

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,”katanya.

Anwar berkata, semasa perbualan tersebut, beliau juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam.

“Sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,”tegas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan