27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Remaja 16 tahun parah balik sekolah, lori langgar lari

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori dalam kes langgar lari di kilometer (KM) 5.5, Lebuhraya Elite dari arah Putrajaya menghala ke Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, rakan mangsa yang merupakan perempuan berumur 16 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 petang.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Puchong Permai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sri Aman, Puchong terlibat dalam kemalangan dengan lori (langgar lari).

Advertisements

“Mangsa merupakan penunggang mengalami kecederaan parah di kaki kanan telah di bawa ke Hospital Klang manakala pembonceng dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu kata Wan Azlan, saksi dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Mohamad Hamda Jeramatin di talian 019-464 2222,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan