32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Denggi: KKM keluarkan 2,566 kompaun berjumlah RM1.28 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 2,566 kompaun bernilai RM1.28 juta sepanjang bulan lalu bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 itu dikeluarkan dengan purata RM500.00 setiap kompaun.

“Sejumlah 523 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan pada masa sama, sebanyak 95 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM161,650.

“Tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil KKM. Semua pihak diminta menjalankan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Muhammad Radzi berkata, melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 23,093 premis yang diperiksa dengan 9,848 notis kesalahan telah dikeluarkan.

Advertisements

Katanya, Sebanyak 4,753 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,168,050.

“Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 6,003 premis makanan telah diperiksa.

“Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 176 premis iaitu 2.93 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan