Tuesday, July 21, 2026

Fahmi tegur Pemuda Pas kongsi mesej fitnah MBM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegur tindakan Pemuda Pas Hulu Langat yang didakwa cuba menyebarkan fitnah mengenai sebaran mesej oleh Majlis Belia Malalaysia (MBM).

Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menegur Pemuda Pas berkenaan di ruangan komen di Facebook susulan penyebaran tangkap layar yang diambil dari akaun Twitter bernama Najib Fazail.

“Jangan sebar fitnah,” komen Fahmi dengan berkongsikan bersama kenyataan daripada Presiden MBM, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid.

Najib menerusi ciapan di Twitter meminta penjelasan daripada Fahmi mengenai mesej yang diterima daripadanya yang memaparkan mesej tersebut dihantar oleh syarikat telekomunikasi dan penghantarnya adalah MBM.

Mesej tersebut memaparkan ayat “Tahukah anda Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pernah menerajang pegawai kerajaan kerana tidak beri kawasan balak kepada kroninya dan belum minta maaf sehingga kini.”

Sementara itu, Mohd. Izzat Afifi berkata, MBM menegaskan bahawa hantaran tersebut bukan daripada mereka atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya.

Katanya, MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 ini. 

Malah ujar beliau,, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecah belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan semua parti politik. 

“MBM akan mengambil tindakan dan satu laporan polis akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab. 

“MBM menyeru semua parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan