25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PN NS tawar 8 tonggak utama dalam manifesto PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) Negeri Sembilan bakal menawarkan lapan tonggak utama dalam tawaran manifesto sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Lapan tonggak itu adalah memacu daya tahan ekonomi dan menangani kos sara hidup, melestari masa depan belia, merakyatkan pendidikan dan memperkasa wanita unggul.

Selain itu, tonggak lain yang turut diberi perhatian adalah bagi mempertingkat kesejahteraan sosial, memperkukuh jaringan infrastruktur dan keselamatan, merancakkan ekopelancongan serta pelancong berasaskan budaya dan warisan serta tonggak terakhir adalah meningkatkan kecekapan tadbir urus.

Pengumuman penawaran manifesto itu dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi Facebook pada hari ini.

Antara ditawarkan adalah menerusi Kad Nismilan Prihatin bagi pembelian barangan asas di kedai terpilih.

Ia bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat selain mewujudkan rangkaian Gerai Nismilan Prihatin di setiap daerah untuk menyediakan bekalan makanan asas pada harga berpatutan.

Advertisements

Tawaran lain, seperti subsidi lesen motosikal kelas B2 sebanyak RM300 bagi permohonan lesen kali pertama kepada belia yang layak dan berminat menyertai sektor ekonomi gig serta memperkasa pembangunan e-sport di setiap daerah dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun.

Bagi sektor pendidikan pula, katanya, PN juga akan menyediakan Subsidi Tambang Bas Sekolah sebanyak 20 peratus dengan peruntukan RM1.5 juta bagi anak-anak Negeri Sembilan daripada keluarga yang memerlukan melalui kerjasama pengusaha bas sedia ada.

Ahmad Faizal berkata, PN juga akan memperkenalkan inisiatif rumah sewa untuk beli “rent to own” dengan kadar berpatutan kepada belia yang layak termasuk pasangan baru berkahwin.

Tawaran itu terkandung dalam tonggak kedua daripada lapan tawaran yang dikemukakan kepada pengundi di Negeri Sembilan.

Melalui manifesto itu, tawaran kedua yang memberikan fokus kepada kumpulan belia itu turut menawarkan dana “Nismilan Mudo” sebanyak RM2 juta setahun bagi menyediakan latihan perniagaan digital kepada bakal usahawan muda dan pembangunan e-sukan di setiap daerah dengan peruntukan RM1juta.

Antara lain yang mahu diperkenalkan adalah inisiatif Ibu Prihatin Nismilan dengan pemberian subsidi kos bersalin sebanyak 10 peratus atau maksimum RM300 di hospital kerajaan bagi ibu yang melahirkan anak pertama di negeri itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan