32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Calon BN mahu atasi masalah trafik di Pekan Dengkil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN), Noorazli Said mempunyai perancangan menyelesaikan masalah kesesakan trafik di Pekan Dengkil jika menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.

Noorazli berkata, beliau telah mengenal pasti masalah tersebut dan merancang menambah laluan kepada dua lorong sebagai alternatif jangka pendek.

Noorazli mahu merancang menambah lorong bagi mengelakkan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak di pekan Dengkil. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

Katanya, pembinaan jalan pintas perlu dilakukan untuk tempoh jangka masa panjang berikutan pertambahan penduduk di kawasan seperti Bukit Changgang, dan Olak Lempit yang melalui pekan itu untuk ke Putrajaya dan Cyberjaya.

“Kita dah tengok masalahnya bottle neck (laluan sempat) di depan masjid. Untuk masa terdekat kalau buat pintasan adalah mungkin sukar.

“Solusi terpantas adalah mewujudkan sekurang-kurangnya daripada lampu isyarat (simpang tiga) mungkin sampai ke jambatan (di depan Balai Bomba Dengkil) yang menghubungkan itu ada dua lorong. 

Keadaan trafik di simpang tiga pekan Dengkil sesak terutama waktu puncak memerlukan penyelesaian segera. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

“Jadi kalau ada dua lorong akan memudahkan kenderaan, satu untuk ke kiri ke Pekan Dengkil dan satu lagi ke Cybjerjaya/Putrajaya. Kita akan bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kita tengok macam mana kita boleh uraikan trafik pada waktu pagi di sini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyaksikan pertandingan futsal di Taman Arked, Dengkil, hari ini.

Sementara itu, Noorazli berkata, beliau merancang mengadakan pertandingan liga rakyat di DUN Dengkil melibatkan sukan bola sepak, futsal, bola tampar dan badminton.

Katanya, penganjuran liga tersebut mampu mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan yang mampu diketengahkan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Noorazli Said (kanan) mahu memperkenalkan liga rakyat bagi mencungkil bakat baharu dalam acara sukan dalam kalangan penduduk di DUN Dengkil. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

“Di Sepang, kita sudah ada yang sampai ke peringkat antarabangsa. Salah satu contoh penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang tinggal di Kampung Abu Bakar Baginda. 

“Inilah antara usaha kita di peringkat bawahan mencetuskan minat anak muda. Daripada mereka buat aktiviti yang tidak berfaedah, lebih baik kita galakkan dalam bidang sukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan