25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Azam, Idris perlu letak jawatan serta-merta – Wan Fayhsal

Susulan pertuduhan terhadap Muhyiddin jelas direka-reka bagi tujuan politik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARMADA Bersatu Malaysia (ARMADA) mendesak agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun meletakkan jawatan serta-merta.

Desakan itu, kata Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, susulan pertuduhan yang dikenakan ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang jelas direka-reka bagi tujuan politik khususnya untuk melemahkan parti Bersatu dan mempengaruhi sokongan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) di enam negeri diadakan.

“Keputusan hari ini membuktikan bahawa segala dakwaan dan tohmahan jahat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu adalah suatu fitnah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, adalah amat jelas bahawa sejak mula lagi, pertuduhan ini amat cacat dan bermotifkan politik untuk mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu.

“Mahkamah pada hari ini juga mendapati bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak berasas justeru tidak dapat dipertahankan.

Advertisements

“Walaubagaimanapun saya amat bersyukur pada hari ini, kebenaran telah terbukti dan ditegakkan,”katanya.

Katanya, beliau mewakili seluruh ahli dan kepimpinan ARMADA juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah buat barisan peguambela yang diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang telah menjalankan tugas dengan profesional dan jayanya sehingga keputusan ini berjaya diperolehi.

“Sabtu lalu dalam Pilihan Raya Umum di enam negeri rakyat telah bersuara, hari ini mahkamah juga telah bersuara,”katanya.

Hari ini, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional itu selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keempat-empat pertuduhan tersebut adalah cacat, tidak berasas dan kabur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan