32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rapid Rail tambah bas perantara LRT11, tampung operasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN bas perantara LRT11 yang beroperasi antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya akan ditambah mulai esok bagi kemudahan orang ramai yang menggunakan laluan itu.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, sejumlah 15 bas perantara LRT11 akan beroperasi antara kedua-dua stesen itu dengan kekerapan setiap 10 minit.

“Penambahan bas perantara ini adalah bagi menyokong operasi tren antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya yang akan beroperasi dengan kekerapan setiap 24 minit mulai Isnin.

“Perkhidmatan bas itu yang telah diaktifkan semula pada Khamis lepas akan berhenti di Stesen Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, PWTC, Sultan Ismail dan Bandaraya,” menurut kenyataan itu.

Jelas Rapid Rail, anggota operasi rel, polis bantuan dan Troopers akan ditugaskan di stesen-stesen tersebut bagi membantu mengawal pergerakan penumpang di stesen dan platform.

Advertisements

“Lima tren yang sebelum ini digunakan antara Stesen Sentul Timur dan Bandaraya tidak dapat kembali ke depoh Transit Aliran Ringan (LRT) di Ampang untuk menjalani penyelenggaraan berikutan kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, hanya dua daripada lima tren itu kini memenuhi kriteria keselamatan dan operasi yang ditetapkan sementara tiga lagi telah dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Kedua-dua tren itu akan digunakan secara bergilir mulai Isnin bagi memastikan kedua-duanya tidak terjejas dan dapat terus beroperasi pada tahap optimum sekali gus mengelak penutupan sepenuhnya stesen-stesen di antara Sentul Timur dan Bandaraya,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dalam tempoh itu dan akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengurangkan kesulitan yang dialami. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan