32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Bot nelayan langgar syarat lesen, kru warga asing ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan tiga warga asing kerana bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas B di sekitar perairan Sungai Besar, sekitar jam 10.45 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot kelas B itu dikesan oleh KM Bagan Datuk pada kedudukan 12 batu nautika barat daya Sungai Besar dalam Op Ehsan dan Op Murni.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru warga Myanmar.

“Masing-masinh berusia antara 22 hingga 39 tahun dan telah menjalankan aktiviti perikanan selama dua hari.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, dibayar RM 70 sehari untuk bekerja di bot berkenaan selama sebulan.

“Pemilik bot pula didapati menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Turut ditemukan di atas bot ialah kira-kira 200 kilogram ikan campur dan pukat tunda ketika penahanan dibuat.

“Kesemua nelayan dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Ujarnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan