26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

KKM sentiasa tambah baik sistem kesihatan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang melakukan langkah menyeluruh meliputi aspek dasar dan teknikal bagi menambah baik sistem kesihatan negara.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini kerana pihaknya memandang serius pandangan dan maklum balas oleh petugas kesihatan negara mengenai sistem semasa.

“KKM dalam proses merangka langkah-langkah untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan mengambil pendekatan secara bersasar bagi melakukan reformasi sistem kesihatan.

“Isu-isu berbangkit seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, sistem sumber manusia, penetapan gaji yang saksama, jaminan pekerjaan serta isu-isu lain sentiasa menjadi keutamaan KKM memandangkan tiada penyelesaian mudah untuk isu-isu ini,” katanya.

Menurutnya, KKM akan melakukan pertemuan bersama Kementerian Kewangan bagi membentangkan perincian tentang keperluan untuk mendapatkan peruntukan lebih besar meliputi aspek infrastruktur, digitalisasi sistem dan sumber manusia.

“Pertemuan berkala dengan semua pihak-pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas terutamanya dapatan daripada kakitangan di lapangan.

Baca juga:   Rapatkan saf di masjid, KKM perlu masa keluarkan kebenaran

“Ini termasuk bagi mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang yang perlu diberi keutamaan dalam situasi sekarang.

“Sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan ini menuntut pendekatan merentasi agensi.

“Justeru, kami komited untuk terus berganding bahu dengan kementerian serta agensi lain demi kebaikan dan manfaat pekerja sektor kesihatan dan masyarakat madani keseluruhannya, “katanya.

Ujar beliau, semua perkara yang disebut juga merupakan sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan yang mana ia akan dijadikan penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan pada masa akan datang. – Edisi 9

Baca juga:   Kerajaan meterai surat akujanji beli ubat antiviral Molnupiravir

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan