26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Perodua Axia Serba Baharu kini dibuka untuk tempahan

Julat harga tentatif adalah antara RM38,600 dan RM49,500 iaitu tanpa insuran dan di Semenanjung Malaysia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERODUA Axia Serba Baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri digital dan keselamatan tercanggih dalam kelas harganya kini di buka untuk tempahan di semua bilik pameran jualan Perodua yang sah di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Axia Serba Baharu ialah model terbaharu di bawah Perodua Smart Build (PSB) dan telah menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran dan komponen global.

“Hasilnya ialah model yang menawarkan pelbagai pilihan untuk para pembeli kereta peringkat permulaan dan kami percaya Perodua Axia Serba Baharu menawarkan nilai terbaik dalam segmennya, ”katanya.

Model peringkat permulaan terbaharu ini merupakan evolusi lengkap daripada model terdahulunya pada semua peringkat dari segi kecekapan bahan api, yang mana model ini berpotensi untuk bergerak sehingga 27.4 kilometer (km/l) berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.

Baca juga:   Principal Islamic raih anugerah pengurusan terbaik

Walau bagaimanapun, jika diukur dengan piawaian Kitaran Pemanduan Eropah yang baharu, Perodua Axia Serba Baharu boleh bergerak sehingga 23.2km/l berbanding 21.6km/l bagi Axia semasa.

Model baharu ini juga turut dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Pintar Perodua – merupakan yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.

Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dalam empat (4) varian; G, X, SE dan AV. Keempat-empat varian itu didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) beserta kawalan cengkaman, ABS dengan Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Hill Start Assist dan kawalan cengkaman.

Baca juga:   PICKids: Tempahan janji temu dibuka mulai Isnin ini

Kesemua varian itu dilengkapi dengan enjin 1 liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna: Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White dan, warna baharu – Coral Blue.

Untuk varian SE dan AV, Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan mod kuasa, lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan.

Varian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan pelbagai maklumat TFT (Transistor Filem Nipis) 7-inci, paparan audio 9-inci, tempat duduk separa kulit (2 tona) dan enam (6) beg udara.

Julat harga tentatif untuk Perodua Axia Serba Baharu adalah antara RM38,600 dan RM49,500 (tanpa insuran dan di Semenanjung Malaysia).

Baca juga:   Tze Liang-Yi Wei sumbang emas kedua negara

Spesifikasi penuh akan dikongsi semasa pelancaran nanti. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan