24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PICKids: Tempahan janji temu dibuka mulai Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBU bapa atau penjaga di seluruh negara boleh mula mendaftarkan anak mereka untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera yang akan berkuatkuasa Isnin ini.

ProtectHealth menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, sebelum ini, sistem tempahan janji temu untuk PICKids ini hanya boleh dibuat oleh ibu bapa di Lembah Klang sahaja.

“Pembaharuan ini adalah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak termasuk perlindungan terhadap varian Omicron.

“Selepas kanak-kanak didaftarkan sebagai tanggungan (dependent) oleh ibu bapa atau penjaga di aplikasi MySejahtera mereka, ibu bapa atau penjaga tersebut boleh memilih PPV pilihan mereka berdasarkan lokasi, tarikh dan masa pilihan untuk menempah janji temu.

“Ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini sebelum meneruskan untuk membuat janji temu,”katanya.

Di sini, disertakan langkah-langkah yang perlu di ambil:

1. Daftar anak sebagai tanggungan (dependent) di aplikasi MySejahtera anda

2. Pergi ke skrin utama aplikasi MySejahtera dan klik pada vaksinasi COVID-19.

3. Klik pada nama anak yang ingin diberikan vaksin

4. Klik pada pautan biru ‘Klik di sini untuk menempah janji temu tanggungan anda’.

5. Sahkan dan nyatakan bahawa tanggungan anda tidak pernah mengalami alahan yang teruk dan tidak menggunakan ubat blood-thinning. Jika anda menjawab tidak kepada mana-mana soalan tersebut, tanggungan anda akan menjalani penilaian pra-vaksinasi.

Advertisements

6. Jika kedua-dua kotak pada soalan tersebut ditandakan, anda boleh teruskan memilih jenis vaksin dan pusat vaksinasi pilihan. Anda perlu memilih Pfizer (Children) sebagai jenis vaksin

7. Pilih nama PPV dan lokasi PPV pilihan

8. Pilih slot janji temu yang tersedia. Klik ‘See more’ untuk melihat slot-slot tersedia yang lain.

9. Sebelum klik sahkan, pastikan semua maklumat yang dipilih betul (jenis vaksin, PPV, tarikh dan masa janji temu).

10.Slot vaksinasi yang disahkan akan dipaparkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr. Anas Alam Faizli menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang layak bagi melindungi mereka daripada komplikasi yang serius, khususnya daripada dijangkiti
Sindrom Radang Berbilang Sistem dalam Kanak-kanak (MIS-C).

”Pada Februari lalu, dilaporkan tujuh kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Malaysia telah meninggal dunia akibat MIS-C daripada jangkitan COVID-19 dan kes juga menunjukkan peningkatan.

”Penyelidikan membuktikan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun berkesan dan mampu meningkatkan imuniti dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit yang serius akibat COVID-19,” katanya.

Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 879,264 dos vaksinasi untuk PICKids telah diberikan sejak dimulakan pada 3 Februari 2022.

Daripada jumlah itu, sebanyak 568, 731 dos atau 64.6 peratus disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan