24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM gariskan 4 keutamaan dalam pembangunan landskap negara

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggariskan empat perkara dalam menentukan hala tuju pembangunan landskap negara pada masa depan yang dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, empat perkara itu merangkumi usaha memperkemaskan sistem jaringan landskap negara serta mendaya upayakan potensi dan nilai ekonomi industri landskap.

Beliau berkata, melindungi aset landskap Keluarga Malaysia dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan landskap negara juga perlu diambil kira.

“Prinsip keseimbangan di antara pembangunan fizikal dan landskap perlu dijadikan prinsip asas secara berterusan kepada peningkatan kualiti penghasilan dan kemampanan persekitaran kehidupan.

“Bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya, program Landskap Negara perlu diteruskan dan kepentingan landskap dalam pembangunan negara perlu diperkukuh,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2022 di Taman Ekoflora, Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Perdana Menteri menanam pokok di Taman Ekoflora Johor Bahru sempena Hari Landskap Negara 2022.

Perdana Menteri berkata, dalam memperkemaskan sistem jaringan landskap, perluasan penyediaan infrastruktur hijau wajar diberi keutamaan menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.

Beliau berkata, seiring dengan perubahan global, kita seharusnya mendaya-upayakan potensi industri landskap negara sebagai satu nilai ekonomi atau sebagai satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.

Advertisements

“Satu kaedah kawalan secara perundangan diwujudkan bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi selain pendidikan berterusan secara lebih berkesan kerana kehilangan aset landskap itu akan membawa kerugian kepada negara dan sukar untuk dikembalikan.

“Organisasi landskap yang lengkap di peringkat agensi, negeri dan tempatan adalah penting untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada Keluarga Malaysia,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kepentingan landskap sebagai komponen kesejahteraan sosial rakyat dibuktikan dengan peningkatan penggunaan taman-taman awam dan ruang landskap seluruh negara seperti Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Kata beliau, data menunjukkan jumlah pengunjung ke Taman Persekutuan Bukit Kiara meningkat 287.10 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya sekali gus membuktikan kepentingan taman menjadi ruang rekreasi utama Keluarga Malaysia semasa pandemik COVID-19.

Dalam tempoh 25 tahun ini, Ismail Sabri memaklumkan, taman seluas 23,669.15 ekar telah dibangunkan di seluruh negara dan melalui kerjasama semua pihak, kualiti pembangunan landskap yang indah serta damai telah bercambah.

“Untuk menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah tentunya bukan mudah dicapai, namun ia tidak mustahil untuk direalisasikan.

“Menjadi hasrat kerajaan agar setiap negeri mempunyai taman awam berkonsepkan Taman Persekutuan dan dapat meningkatkan akses rakyat kepada kawasan landskap.

“Ia sekali gus meningkatkan kawasan hijau di kawasan perbandaran yang menjadi faktor utama penyumbang rendah karbon dan keselesaan persekitaran bandar yang memberi impak kepada peningkatan kualiti persekitaran serta kehidupan Keluarga Malaysia,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan