32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Katil ICU Covid-19 di Putrajaya cecah 100 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA merekodkan 100 peratus penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19 dan yang tertinggi direkodkan setakat ini.

Selain, Putrajaya enam negeri lain mencatatkan penggunaan katil di wad ICU bagi merawat pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penggunaan katil ICU kedua tertinggi ialah Perlis (73 peratus), Selangor (61 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Johor (57 peratus), Perak (51 peratus) dan Kelantan (50 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, terdapat lima negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Selangor (114 peratus), Perak (98 peratus), Perlis (98 peratus), Kuala Lumpur (93 peratus) dan Putrajaya (93 peratus).

“Bagi katil bukan ICU melebihi 50 peratus direkodkan di Kelantan iaitu 79 peratus, Pahang (78 peratus), Terengganu (71 peratus), Sarawak (65 peratus), Johor (64 peratus), Pulau Pinang (58 peratus) dan Sabah (56 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan palsu - PMO

Menurutnya, hanya Melaka menunjukkan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 211 pesakit.

“Peratusan penggunaan bantuan itu 24 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes jangkitan itu kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnosa pada setiap hari.

Baca juga:   Kes harian catat bawah 10,000 dua hari berturut-turut

Katanya, ia memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

“Pada masa sama, terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,”katanya.

Ujar beliau, semalam, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,997 kes dan daripada jumlah itu, 721 kes atau 36.1 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 1,276 kes (63.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan