30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 3, 2022

Sesi bersemuka pelajar sekolah menengah bermula 4 April

Kemasukan pelajar ke tingkatan satu SBP akan diumumkan kemudian - Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SESI persekolahan penggal pertama Kalendar Akademik 2022/2023 bagi pelajar sekolah menengah dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun kesemua pelajar berkenaan akan hadir ke sekolah untuk sesi bersemuka bermula 4 April tanpa sebarang penggiliran pelajar.

Beliau berkata, ketetapan tersebut tertakluk kepada semua murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah menengah pendidikan khas (SMKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

“Ia turut membabitkan pelajar peralihan, pelajar tingkatan satu, dua, tiga, empat, lima, enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Bagaimanapun, untuk sekolah berasrama sepenuhnya di sini, terdapat perbezaan dengan sekolah lain.

“Bagi pelajar sekolah berasrama sepenuhnya, pelajar yang dibenarkan tanpa penggiliran masuk ke asrama bermula pada 4 April ialah pelajar tingkatan dua, tiga, empat, lima dan prauniversiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

Baca juga:   Covid-19: 4,113 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

“Manakala pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan oleh pihak kementerian,” katanya dalam kenyataan menerusi rakaman video hari ini.

Menurut beliau, ini bermakna pelajar-pelajar yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh perlu berada di rumah masing-masing terlebih dahulu dengan sama ada mengikuti PdPR atau hadir ke sekolah harian berdekatan.

Baca juga:   KPM buka bilik gerakan banjir pusat peperiksaan SPM
Gambar hiasan – Bernama

Katanya, KKM akan mengumumkan tarikh kemasukan pelajar asrama penuh bagi tingkatan satu apabila para pelajar lain mula memasuki asrama.

Radzi berkata, bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk keseluruhan pelajar, sekolah boleh beroperasi sepenuhnya termasuk membabitkan pelajar baharu Tingkatan

Dalam pada pada itu katanya, untuk sekolah rendah yang mempunyai murid melebihi 600 orang, murid yang yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran melibatkan MBK di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

“Ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 dan semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Manakala bagi murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula akan hadir secara penggiliran,” katanya. 

Bagi kolej konvensional pula, beliau berkata, sesi pengajian akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing, dan ia meliputi Sijil Konvensional Malaysia dan Diploma Konvensional Malaysia.

Baca juga:   KPM buka bilik gerakan banjir pusat peperiksaan SPM

“Bagi kolej matrikulasi, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing.

“Bagi sistem empat semester pelajar yang akan hadir adalah semester 2, 4, manakala sistem dua semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua,” katanya – Edisi 9

Terkini

Pemilik kenderaan menyerupai aset polis ditangkap

SEORANG peniaga yang menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang ditahan polis, semalam. Penahanan dilakukan pasukan Bahagian...

Lagi Artikel Berkaitan