24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PICKids: 27.4 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang menerima vaksin COVID-19 di negara ini semakin bertambah dan menghampiri angka satu juta.

Semalam sahaja, seramai 974,355 atau 27.4 peratus populasi golongan berkenaan telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sebanyak 21,460 dos tambahan diberikan semalam menerusi program berkenaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada empat juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menjelang akhir bulan ini

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,943,712 individu atau 63.5 peratus populasi dewasa pula sudah menerima dos penggalak COVID-19.

Advertisements

Sejumlah 22,953,291 atau 97.6 peratus individu telah lengkap vaksinasi mereka manakala 23,232,845 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,803,567 individu atau 90.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima vaksinasi mereka manakala 2,900,616 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 81,724 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 23,129 suntikan dos pertama, 1,516 suntikan dos lengkap dan 57,079 suntikan dos penggalak.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 67,600,736 dos.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan