24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jangkitan harian terus meningkat, 33,209 kes baharu semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA terus merekodkan peningkatan jumlah jangkitan COVID -19 semalam dengan 33,209 kes dilaporkan.

Ia kali kelima negara merekodkan kes tertinggi melepasi angka 30,000 dengan kelmarin (32,467 kes), 25 Februari (30,644 kes), 24 Februari (32,070 kes) dan 23 Februari (31,199 kes).

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 441 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Manakala jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 3,561,766 kes.

Mengikut pecahan negeri-negeri, Selangor terus merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 8,897 kes.

Advertisements

Diikuti, Kuala Lumpur (4,105 kes), Kedah (3,060 kes), Pulau Pinang (2,592 kes), Johor (2,359 kes), Sabah (2,131 kes), Negeri Sembilan (1,679 kes) dan Kelantan (1,572 kes).

Seterusnya Perak (1,544 kes), Pahang (1,535 kes), Sarawak (1,333 kes), Terengganu (938 kes), Melaka (741 kes), Perlis (270 kes), Labuan (266 kes) dan Putrajaya (187 kes).

Dalam masa sama, sebanyak 78 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,106 kes serta sebanyak 22 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,830 kes.

Sebanyak 305,010 kes aktif dilaporkan melibatkan 292,696 kes dikuarantin di rumah, 3,442 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara, 8,524 kes di hospital, 137 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan