26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

47 sukarelawan USIM ke Kemaman bantu mangsa banjir

Mesti Baca

SERAMAI 47 sukarelawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan digerakkan ke Kemaman, Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di daerah itu baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 39 pelajar dan lapan kakitangan, bertolak ke Kemaman hari ini dan akan berada di sana sehingga Ahad.

USIM berkata, sukarelawan terbabit akan menjalankan misinya di Kampung Air Puteh iaitu operasi mencuci kediaman penduduk kampung yang terjejas, sekolah dan masjid selain mengagihkan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal.

Menurut ketua sukarelawan, Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, pihaknya mendapat sambutan yang baik daripada kalangan mahasiswa USIM yang mahu turut sama menjayakan misi bantuan tersebut.

“Kita hanya memerlukan sekitar 30 orang sukarelawan sahaja bagi misi ini tetapi permohonan yang diterima mencecah 70 orang.

“Ini menunjukkan siswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas dengan bencana banjir ini. Di pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri, seramai 10 orang turut bersama ke Kemaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kerajaan import sehingga 10 juta telur ayam sehari mulai Khamis

Umairatul Izzah yang juga Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MPP USIM berkata, sebelum ini pihaknya juga telah melaksanakan bantuan pascabanjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ketika bencan banjir besar akhir tahun lalu.

Majlis pelepasan kumpulan pertama misi ke Terengganu itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Baca juga:   Media rasmi kerajaan dibenar perkenal semua calon

Dalam ucapan ringkasnya, Dr Adnan menekankan untuk warga USIM sentiasa menjaga dan menonjolkan akhlak dan teladan yang baik sepanjang menjayakan misi tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan