Thursday, June 4, 2026

Sidang Kemuncak ASEAN: 71 sekolah dibenar laksana PdPR

Daripada jumlah tersebut 30 buah sekolah membabitkan negeri Selangor iaitu sekolah-sekolah di daerah Petaling Utama, Petaling Perdana dan Sepang.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia memberi kebenaran kepada 71 sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

KPM berkata, daripada jumlah tersebut 30 buah sekolah membabitkan negeri Selangor iaitu sekolah-sekolah di daerah Petaling Utama, Petaling Perdana dan Sepang.

Manakala 41 sekolah lagi di Kuala Lumpur melibatkan sekolah-sekolah daerah Sepang, Keramat, Sentul dan Bangsar/Pudu.

“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.

“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” katanya.

Dijangka beberapa jalan raya utama akan ditutup bagi melancarkan perjalanan trafik para pemimpin ASEAN dan dunia sepanjang sidang kemuncak yang akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Mei. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan