34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anak Kedah: MAEPS belum setuju, poster dah disebar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN kerajaan negeri Kedah yang menyebarkan poster Majlis Anak Kedah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sedangkan belum mengeluarkan surat persetujuan mencetuskan rasa pelik Datuk Seri Mohamad Sabu.

Lebih pelik, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu berkata, apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor menuduh pihaknya membatalkan tempahan yang dibuat bagi majlis berbuka puasa anak-anak Kedah di perantauan itu.

“Pelik juga saya bila MB (Menteri Besar) Kedah kata kelulusan sewaan dewan telah ditarik balik oleh KPKM sedangkan Pengurusan Dewan MAEPS belum keluarkan apa-apa surat setuju terima.

“Sebut harga pun belum keluar. Lagi satu, macam mana MB boleh sebarkan dulu poster program sebelum lokasi telah disahkan sudah dapat? Biasanya dah pasti baru kongsi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohamad berkata, program Anak Terengganu yang turut dilangsungkan di MAEPS tidak mempunyai sebarang masalah dan akan berlangsung seperti dijadualkan.

Advertisements

“Oleh kerana YAB (Sanusi) dah kata program Anak Kedah akan dibuat di tempat lain, kami kira tak jadilah noo,” katanya.

Semalam, media melaporkan, selepas mendakwa dihalang daripada menghadiri majlis-majlis kerajaan Persekutuan, Muhammad Sanusi tampil sekali lagi memaklumkan bahawa majlis melibatkannya turut ‘diganggu’. 

Menurutnya, ia melibatkan kelulusan Dewan A, MAEPS di Serdang, yang sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April ini, ditarik balik. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan