PENGURUS Burnley, Vincent Kompany dilaporkan menjadi calon utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Antonio Conte di Tottenham Hotspurs (Spurs).
Kompany ketika ini cemerlang mengendalikan Burnley di tangga teratas Liga Kejohanan selepas selasa mendahului pesaing lain dengan jurang besar 13 mata.
Selain Kompany, Pengerusi Spurs dilaporkan ada menghubungi bekas pengendali Bayern Munich yang baru dipecat, Julian Nagelsmann sementara Mauricio Pochettino juga dikaitkan kepulangan kelab utara London itu.
Dua nama yang berada dalam radar Levy adalah bekas pengurus Sepanyol, Luis Enrique; pengurus Fulham, Marco Silva dan ketua jurulatih Brenford, Thomas Frank.
Bagaimanapun menurur laporan akhbar Inggeris, The Sun, Kompany kini merupakan pilihan utama selepas rekod yang menakjubkan bersama Burnley musim ini.
Lapornya lagi, difahamkan bekas pertahanan Manchester City itu berminat mengisi kerusi panas tersebut dan menganggap itu adalah peluang melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam kerjayanya.
Burnley yang dibimbing Kompany berpeluang layak ke Liga Perdana Inggeris seawal minggu depan sekiranya menang aksi menentang Sunderland hari ini ada merekodkan satu lagi kemenangan dalam perlawanan seterusnya.
Biarpun kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Nick Pope, James Tarkowski, Ben Mee dan Dwight McNeil musim panas lalu, Kompany berjaya melakukan transformasi berkesan di Burnley.
Pencapaian Kompany juga menarik minat pengendali City, Pep Guardiola yang melihat pengurus berasal dari Belgium itu merupakan calon terbaik untuk mengendalikan Citizen satu hari nanti. – Edisi 9