31.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Anggota bomba cedera digigit beruang sesat di sawah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan cedera di pergelangan tangan kiri selepas diterkam seekor beruang di kawasan sawah di Kampung Selarong Tengah, Yan, Kedah, hari ini.

Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, anggota terbabit, Mohd Nizam Hamid, 27, kini dirawat di Hospital Yan akibat kecederaan serius.

M enurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran seekor beruang di kawasan itu pada jam 10.15 pagi dan bergegas ke lokasi untuk melakukan penyelamatan.

“Beruang itu dipercayai datang dari arah kawasan semak berhampiran kampung berhampiran.

“Operasi turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Yan serta penduduk kampung yang mengejar beruang itu dan cuba menangkapnya.

“Ketika dalam proses menangkap haiwan itu, Mohd Nizam dipercayai terjatuh dan ketika itu beruang hitam itu menerkam serta menggigitnya sebelum melarikan diri,” katanya hari ini.

Baca juga:   Tiga wanita termasuk dua beradik maut, nahas bertembung lori

Norhamidi berkata, setakat ini keadaan Mohd Nizam stabil dan sudah menjalani rawatan X-ray di HY.

Menurutnya, pihaknya sedang menunggu laporan daripada doktor berhubung kecederaan yang dialaminya dan berkemungkinan dia akan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Sekarang operasi masih berjalan untuk mengesan beruang itu yang dipercayai masih berada di situ,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

SEORANG pemandu warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.9 Lebuhraya Kemuning, Shah Alam, pagi tadi. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan