30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mat Sabu anggap gelaran tak jamin kedudukan seseorang

Dalam politik dan pilihan raya, ada yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk ditolak oleh rakyat dan kalah di tangan orang biasa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GELARAN yang diberikan kepada seseorang tifak menjamin kedudukan mereka terutama dalam politik dan pilihan raya, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau yang menerima anugerah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam berkata, apa yang lebih utama ialah kesungguhan seseorang menyumbang bakti kepada masyarakat.

“Ada rakan pernah berkata pada saya, orang Melayu amat menghormati mereka yang bergelar dengan gelaran yang tinggi.

“Dalam politik dan pilihan raya, ada yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk ditolak oleh rakyat dan kalah di tangan orang biasa.

“Oleh itu, soal gelaran bukanlah bermakna kedudukan seseorang itu dimuliakan atau direndahkan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, seseorang itu sama ada bergelar atau tidak mesti bekerja dan berbakti kepada masyarakat.

Katanya, mereka yang menegakkan perkara makruf serta keadilan, menentang segala bentuk kezaliman, menonjolkan akhlak yang mulia yang dilihat orang ramai sebagai orang yang berbakti kepada masyarakat.

Sehubungan itu beliau menganggap gelaran yang diterima semalam adalah satu penghormatan yang datang bersama amanah besar.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 disempurnakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan