25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tanah runtuh: Penjawat awam ditahan curi barangan mangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan telah menahan seorang penjawat awam dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam.

“Polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya dalam persidangan media hari ini.

Advertisements

Susulan penahanan tersebut, beliau berkata polis turut turut merampas barangan yang dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi itu mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak, dan seorang bayi lelaki berusia setahun. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan