24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes letupan: Suspek dan mangsa adalah kenalan kampung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES letupan yang mengorbankan seorang pelayan restoran dekat Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lalu, dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di antara mangsa dan suspek.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata mangsa dan kedua-dua suspek yang berumur 33 dan 30 tahun merupakan kenalan sejak dari kampung di Kedah, dengan si suami bekerja sebagai seorang kontraktor, manakala isterinya seorang suri rumah.

Bagaimanapun Sasikala enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada kejadian itu bermotifkan cemburu.

“Setakat ini polis telah pun selesai mengambil keterangan seramai 36 saksi bagi membantu siasatan kes dan setakat ini tiada tangkapan susulan dibuat.

“Proses soal siasat terhadap pasangan suami isteri ini masih dijalankan.

Advertisements

“Serbuan juga telah dilakukan di rumah mereka di Serdang, Kedah pada Khamis lepas dan polis berjaya merampas beberapa barang kes antaranya pisau pemotong kertas dan mercun bola yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kedua-dua supek ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes berkenaan.

Pada 29 Disember lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan