25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Jamin bekalan makanan cukup di semua negeri

Apapun warna bendera kita atau ideologi kita, usaha untuk mencukupkan bekalan makanan dan meningkatkan pengeluaran makanan adalah amanah dan kerja bersama.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi jaminan usaha mencukupkan bekalan dan meningkatkan pengeluaran makanan diusahakannya untuk semua negeri, walaupun ditadbir pembangkang.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah amanah dan kerja bersama.

Malah katanya, Kelantan yang ditadbir PAS, menjadi destinasi pertama lawatan kerja rasmi beliau kerana negeri itu sangat dekat di hatinya.

“Saya pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri dan Kubang Kerian. Hampir 10 tahun saya menetap dan berkhidmat di negeri ini.

“Walaupun sekarang kerajaan Kelantan diperintah oleh PAS tapi itu bukanlah penghalang untuk saya memberikan khidmat di negeri ini kerana semua orang memerlukan makanan.

“Apapun warna bendera kita atau ideologi kita, usaha untuk mencukupkan bekalan makanan dan meningkatkan pengeluaran makanan adalah amanah dan kerja kita bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Mohamad mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari di Kelantan yang berakhir semalam.  – Edisi 9

Terkini

Parlimen Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama sehingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan