24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Isu Menara KL: Dua pengarah syarikat bergelar ‘Datuk’ direman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Majistret Putrajaya mengeluarkan reman selama empat hari sehingga 10 Januari ini ke atas dua pengarah kanan sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi syarikat Menara Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sebelum itu permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kedua-dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk itu yang diiringi pegawai SPRM tiba di Istana Kehakiman kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sebelum itu, kedua-dua pengarah syarikat kanan terbabit yang berusia antara 49 dan 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, lewat petang semalam, memetik laporan Astro AWANI.

Menurut sumber, salah seorang daripada suspek tersebut dipercayai ialah pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham syarikat Menara KL.

Baca juga:   Ulama Pasuruan, Habib Hasan meninggal dunia, ribuan beri penghormatan terakhir

Manakala seorang lagi merupakan ahli perniagaan berjawatan pengarah syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pengambilalihan syarikat tersebut bagi pihak orang atasan.

Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada orang atasan bagi membantu pengambilalihan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia.

Baca juga:   PUTRA mahu SPRM siasat 3 Ahli Parlimen disebut Zahid

Beberapa saksi termasuk pegawai kanan Telekom, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan