30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pekerja syarikat keselamatan disyaki curi wang ATM ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEKERJA syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki mencuri wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 36 tahun itu kira-kira pukul 1.45 pagi di kediamannya di Kundang, Gombak, kelmarin.

“Suspek disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, di sini, Ahad lalu.

“Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek turut menemukan wang tunai RM 5,000,” katanya hari ini.

Jelas Ramli, kejadian terbabit disedari seorang rakan suspek yang membuat pembaikan kerosakan mesin ATM itu.

Menurutnya, rakan suspek mendapati satu ‘seal casset’ bahagian bawah dan casset penolakan wang dalam keadaan terbuka dan tiada wang di dalamnya.

“Curiga dengan keadaan itu, dia kemudian membuat laporan polis pada jam 11.40 malam,” katanya.

Ramli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan