29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kor Ming buat ‘spot check’, tandas awam perlu bertaraf “BMW”

Setiap tandas awam mesti bertaraf “BMW” iaitu Bersih, Menawan dan Wangi, sekali gus meningkatkan persepsi rakyat terhadap PBT.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEJAK langkah diikuti !!

Jika sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat spot check (pemeriksaan mengejut) bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kali ini Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming turut mengambil tindakan yang serupa.

Kor Ming melakukan lawatan kerja secara mengejut ke tumpuan destinasi pelancong di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Beliau juga turut meninjau dan melihat dengan sendiri kebersihan tandas awam setelah menerima aduan daripada orang ramai.

Katanya, kebersihan tandas awam khususnya yang menjadi destinasi utama pelancongan berkait rapat dengan imej negara.

“Setiap tandas awam mesti bertaraf “BMW” iaitu Bersih, Menawan dan Wangi, sekali gus meningkatkan persepsi rakyat terhadap PBT.

“Malam tadi, selepas habis kerja di pejabat, saya telah melakukan lawatan kerja secara mengejut ke tumpuan destinasi pelancong di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

“Saya membuat meninjau dan melihat dengan sendiri kebersihan tandas awam setelah menerima aduan daripada orang ramai.

“Saya dapati tahap kebersihan tandas awam Dataran Merdeka agak memuaskan dan sistem pencahayaan juga berfungsi dengan baik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya semalam.

Kor Ming melihat bumbung siling tandas awam lelaki yang sudah rosak.

Bagaimanapun, kata Kor Ming, beliau telah melihat dengan sendiri bumbung siling tandas awam lelaki sudah rosak, syampu cuci tangan tidak diganti dan ada juga paip air tidak berfungsi.

“Bagi menangani masalah tersebut, saya mahu semua 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam,”katanya.

Beliau menegaskan, kebersihan tandas awam adalah berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan atau pintu masuk ke negara ini.

Katanya, PBT di seluruh negara perlu melaksanakan kerja penyelenggaraan mengikut jadual supaya memastikan tandas awam di negara ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, berfungsi baik dan teratur.

“Dalam lawatan saya malam tadi juga, saya dapati beberapa masalah yang wajar diperbaiki di sekitar Dataran Merdeka iaitu padang rumput yang botak dan kurang sempurna.

“Tempat ruang niaga bawah tanah juga sudah usang dan suiz box elektrik yang tidak ditutup dengan baik serta membahayakan keselamatan orang ramai.

“Saya akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan KPKT untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar infrastrukturnya dapat dijaga dan diselenggara dengan baik dan berada dalam keadaan memuaskan,” katanya.

Menurut beliau, budaya penyelengaraan wajar dititikberatkan dan dipandang berat oleh semua agensi kerajaan.

Katanya, demi kesejahteraan rakyat, beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menjaga kebersihan tempat awam serta menyokong usaha KPKT membantu negara ini makmur, mampan dan saksama. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan