26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Malaysia, Pakistan teroka kerjasama baharu – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Pakistan akan meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang serta lapangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, antara bidang yang diberi perhatian termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi rakan sejawatannya dari Pakistan, Shahbaz Sharif hari ini yang dikongsi menerusi Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata, kedua-dua negara juga akan terus memperkukuh kerjasama dua hala semenjak peningkatan tahap hubungan antara Malaysia dan Pakistan kepada Perkongsian Strategik pada 2019. 

“Pakistan merupakan rakan dagangan penting di Asia Selatan dengan nilai dagangan dua hala mencecah USD1.42 bilion pada tahun 2021,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan