28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KBS jalankan siasatan bebas kes jurulatih guna kekerasan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan mengadakan siasatan bebas untuk mengenalpasti sama ada latihan secara kekerasan sudah lama diamalkan seperti insiden yang berlaku dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di Johor, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, berkata kita perlu belajar, perbaiki dan pastikan supaya insiden jurulatih yang dikatakan menampar dua pemainnya pada kejohanan itu tidak berulang.

Beliau berkata, dalam menangani isu yang berlaku ini, pihaknya telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya sudah bercakap dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan kami sama-sama sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan, “katanya dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Kata beliau, setelah berbincang dengan Fadhlina Siddiq, KBS akan mengadakan siasatan bebas untuk mengenalpasti sama ada cara melatih menggunakan kekerasan sebegini telah lama diamalkan dalam pasukan bola tampar ini.

Advertisements

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan KPM bakal mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib ke atas jurulatih yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut.

KPM dalam satu kenyataan menegaskan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan