27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Imigresen usir 129 Pati warga Filipina di Sabah ke negara asal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen (JIM) melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) Siri 01 untuk Kategori Usir Melalui Laut bagi Januari tahun ini, dengan mengusir 129 warga Filipina, semalam.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program pemindahan terbabit dilaksanakan melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Menurut beliau, jumlah terbabit membabitkan 81 tahanan lelaki, perempuan (25), kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah (17) dan kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah (6).

“Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 12 tahun sehingga 70 tahun. Kanak-kanak yang terbabit dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Kesemua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1. Pati yang terbabit hanya tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Tawau sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Sh Sitti Saleha lagi, kesemua Pati yang ditahan di Depot Imigresen itu melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

Advertisements

Menurutnya, hukuman yang dikenakan berdasarkan akta dan proses perundangan negara sehingga kepada tindakan pemindahan keluar dari negara ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Menurut beliau, operasi pemindahan itu adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan