28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

140 Bahagian UMNO sokong jawatan tertinggi tak dipertanding

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara menyatakan solidariti agar dua jawatan tertinggi dalam parti berkenaan tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang dijangka Mei nanti.

Baik jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahupun jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan.

Solidariti itu dikongsikan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah yang mewakili kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.

“Seramai 126 Ketua UMNO Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan-jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan.

“Untuk berdepan enam lagi PRN tahun ini, kita perlu parti UMNO yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan tiada jawatan tertinggi dipertandingkan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, malam tadi.

Terdahulu, pertemuan 126 ketua-ketua bahagian itu diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, ketika perhimpunan sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung hari ini hingga Sabtu, dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan malam ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid telah memberikan satu taklimat bagi meluahkan rasa serta cabaran menerajui UMNO ketika ini.

Turut didedahkan beberapa nama yang memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha membentuk kerajaan selepas PRU15, November lalu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan