27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hentikan kegilaan ini, buka ruang pertandingan – Khairy

Saya rasa Presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar.

Mesti Baca

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kelihatan kecewa apabila 126 bahagian UMNO menyatakan pendirian agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu lagi sudah melaungkan amaran untuk merebut jawatan Presiden UMNO menganggap cadangan dibuat ketua-ketua bahagian itu sebagai satu “kegilaan”.

Ini kerana, menurut beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan para pejuang yang tidak akan gentar menghadapi sesiapa sahaja yang mahu mencabar mereka.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” katanya menerusi Instagramnya hari ini.

Tangkap layar Instastory Khairy Jamaluddin.

Semalam, seramai 126 ketua UMNO Bahagian serta wakil menyatakan sokongan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Advertisements

Mereka memberi alasan bagi mengelak perpecahan dalam parti memandangkan enam lagi pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan tahun ini.

Keinginan membuak-buak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang kini berpindah ke Bahagian Sungai Buloh untuk mengambil alih tampuk pimpinan parti disuarakan sekali lagi dalam satu forum di Singapura beberapa hari lalu.

Di dalam forum tersebut, beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan menyatakan akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan sekiranya berjaya dipilih sebagai Presiden UMNO.

“Ada kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik serta kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baharu (akan) mengangkat sumpah.

“(Anthony) Loke, saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim, dan kepada anda,” katanya dalam forum yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, sepertimana dilapor media0

Dalam pemilihan UMNO pada 2018 lalu, Khairy menawarkan diri merebut jawatan Presiden memperoleh 52 undi, tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 97 undi bahagian manakala seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah pula memperoleh 26 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan