24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perang kognitif media sosial ‘tewaskan’ UMNO dalam PRU15

Mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERANG kognitif yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi masyarakat terutamanya orang Melayu untuk menolak parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendedahkan perkara itu berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu.

“Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita.

“Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Disebarluaskan pula melalui platform TikTok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Advertisements

Tambah beliau, strategi itu telah dilipatgandakan di ambang pilihan raya umum (PRU).

“Inilah, yang PN lakukan dengan berkesan. Mempengaruhi golongan muda dengan content yang toksik untuk mengajak orang Melayu membenci dan meninggalkan UMNO,” katanya.

Ternyata, Mohamad berkata, strategi perang kognitif mereka sangat berjaya.

“UMNO telah tewas kerana gagal beradaptasi dengan kepentingan menggunakan teknologi dan maha data (big data), dalam pilihan raya,” katanya.

Ujarnya, apa yang dijangkakan beliau dalam PRU15 lalu, bahawa PRU15 merupakan pilihan raya yang sukar namun tidaklah menjangkakan ia akan separah dan seteruk ini.

“Akhirnya mimpi ngeri UMNO kalah benar-benar terjadi, dipukul dengan hebat dan dimalukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan